Tuesday, July 6, 2010

again

kerana masih ada perasaan itu
air mata menitis lagi....

Abah kuat...semoga cepat sembuh..

sedar walaupun pura-pura senyum
jiwa itu hari ini hilang senyuman
suara bagaikan takut untuk berkata-kata
tiba-tiba
janganlah fikirkan sangat Abah
ma dan anak-anak abah takkan tinggalkan abah
walaupun jauh
rindu dan sayang tetap ada
Abah kuat
percayalah
Abah boleh...Abah boleh
Tuhan yg Maha Mengasihi
sembuhlah Abah
kerana kami
ma dan adik-beradik
berharap agar nyawa rumah ini
seperti kebiasaan hari-hari lepas
senyum,berjalan,bercakap dan.....

SEMOGA ABAH CEPAT SEMBUH...AMIN...

seperti hari kelmarin

dibilik itu
hitam legam
mendongak
kapas-kapas putih bersih bercantum begitu indah
mutiara-mutiara kecil bertaburan
tidak mengelirukan
tapi mengasyikkan
terleka
sebenarnya memikirkan
adakah aku makin sakit?
tidak
percayalah
tapi kerana dia
aku seperti sakit
kerana kita sama-sama menyembuhkannya
ikhlas aku mencintainya
berharap agar tidak hilang perasaan itu padamu