Adakalanya kita masih tersenyum
Biarpun hanya ukiran bibir
Tanpa di hati
Tapi masih tersenyum
Tetaplan senyuman itu
Biarpun dalamnya tenat tapi
Luaran masih tenang
Palsu bukan
Adakalanya kita berfikir
Bersendirian
Tanpa suara
Kali ini di hati
Berfikir
Di mana kita esok
Masihkah kegagalan menjadi teman
Mungkin....belum pasti
Adakalanya kita menangis
Seperti kelmarin
Bersendirian
Air mata dan hati menjadi satu
Tangisan itu adalah kesayuan....kekecewaaan....kekegembiraan..
Menangis mungkin kerana
Kematian yang pasti
Kegagalan cita-cita
Dan mungkin angan-angan itu kini milik kita
Kita yang lemah
Menangislah
Adakalanya kita bercakap bersendirian
Penghuni bumi lain berprasangka
Kurang siuman.......sakit jiwanya
Biarpun kita bukan bersendirian
Hati yang selalu menemani
Mendengar luahan masalah sejujurnya
Dan hati memberi motivasi
Bangunlah......jangan ragu untuk berdiri lagi
Itulah hati...
Hitam atau putih
Tetap bersama kita
Dan kita tetaplah manusia
Manusia yang lemah
Selamanya
Tetaplah tegak berdiri
terbanglah walaupun sayapmu patah...terbanglah
walaupun tahu esok bukan milik kita
Kejayaan itu rahmatNya
Kegagalan itu dugaanNYA
kita yang selemah-lemah disisiNya
setinggi-tinggi darjat makhluk ciptaanNya
karya:nikaidil/HatiMati
Friday, November 27, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


No comments:
Post a Comment